Feed Display
Ninja Shadowbox
| Tempahan |
|
|
|
| Written by |
| DATE_FORMAT_LC2 |
|
Untuk sebarang tempahan sila hubungi kami melalui talian berikut:
Telefon: 012-9581852 (Su) Email: CLOAKING Yahoo Messenger: CLOAKING
Sila baca terma dan syarat di bawah untuk menjamin tempahan dan penginapan anda dapat kami proses dengan lancar dan selesa.
Syarat-syarat Tempahan dan Bayaran 1. PENGESAHAN TEMPAHAN : Pengesahan tempahan berkuatkuasa hanya selepas bayaran deposit dijelaskan. Deposit mesti dijelaskan selewat- lewatnya 14 hari sebelum tarikh mendaftar masuk "Check-In" dan kami berhak membatalkan sebarang tempahan jika tidak menerima sebarang bayaran deposit dalam tempoh yang ditetapkan.
Baki bayaran hendaklah dijelaskan sewaktu mendaftar masuk (Check-in). (Waktu daftar masuk : 3.00ptg dan waktu daftar keluar :12.00 tgh hari)
Sebarang pembatalan / penangguhan tempahan hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh penginapan dan kami akan memulangkan wang pendahuluan. Jika dilakukan dalam masa 7 hari, wang tidak akan dikembalikan. Kebersihan sewaktu mendiami Casa Abadi adalah menjadi tanggungjawab pengunjung. Sentiasalah menjaga kebersihan untuk keselesaan anda.
5. KESELAMATAN Keselamatan sewaktu berada di Casa Abadi dan ketika menggunakan peralatan adalah di bawah tanggungjawab pengunjung. Sebarang kerosakan harta benda dengan sengaja akan dikenakan ganti rugi. Sentiasalah menjaga keselamatan diri dan keluarga serta memastikan semua suis ditutup dan peralatan elektrik sentiasa dimatikan sebelum meninggalkan Casa Abadi.
Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan harta benda, kerosakan, kecederaan dan kemalangan peribadi yang berlaku . Pengunjung dinasihatkan menyimpan barang-barang berharga jika ada dengan sebaiknya dan sentiasalah menjaga keselamatan diri.
|
| LAST_UPDATED2 |


